Monday, November 3, 2008

terknangkan ramdhan

Cerpen - Sempena Ramadhan
Written by admin
Oleh: Al-Hidayah

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat
tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa
terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan
atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan
telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat
lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya.

Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang
kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran
1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana
discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran
oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa
kosong.
"Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah
ini.." Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat
kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca
kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal
ayat 2:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut
nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada
mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan
mereka sahajalah mereka bertawakal"

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku
sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala
urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)" Riwayat
Abu Dawud, Ahmad.

Najwa singgah duduk di satu "bench" di bawah pokok. Musim bunga kali
ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.

"Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan". Dalam Najwa mengulangi
doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:

Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?

Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap
Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa
juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa
sangat "excited" kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin
mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa
dipertanggungjawabk an untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah
tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, "Best la
tazkirah kak Najwa…"

Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan
ditiup angin.

"Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat
Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok
dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih
diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya
rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia
benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku"

Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.
Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di
dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah
melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu
menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan
perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan
menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah
memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan
kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program
islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia
keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-
penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk
dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin
mengejar urusan "dakwah"nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah
Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah
amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..

"Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang
kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka
tidakkah kamu berfikir?"

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah
melupakan dirinya sendiri. "Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku
mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-
urusanku.. walau pada kadar sekelip mata," Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap
dirinya.. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu
menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.

Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa
bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana
dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk
mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang
sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang
memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa
yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.

Najwa terkedu.

"Hah! Termenung apa tu!" Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.

"Awak ni, terkejut saya tau!" Najwa mencebik.

"Alah.. maaflah.. Assalamualaikum" Hayati tersengih sambil beri
salam.

"Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu
kembara angan-angan awak" Hayati memang terkenal dengan sifat suka
menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam
pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, "Kaifa imanuki?
(Apa khabar iman kamu?).

Hayati senyum, "Alhamdulillah. . Alhamdulillah… I hope to stay in
Ramadhan all the time!"

Najwa sambung lagi, "Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!"

Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. "Err… Saya tak
pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something.
Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat
musollah"

"Surah Al Ma'un ayat 4-5."

"Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa
pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela
oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?" Hayati buat
soalan KBKK pula.

"Alah, mana la saya tau… Awak citer je la" Najwa malas nak fikir.

"Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap "iaitu orang-orang
yang lalai di sekitar solat mereka".. "Kalau tengok perkataan
Arab `an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela
orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya
dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat.
As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya
masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat
apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela"

"Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal
kena amar ma'ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak
buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the
halaqah to begin with?" Hayati berkata.

Najwa tertunduk. "Jazakillah ukhti…"

Hayati berkata, "Awak ni cam ade problem je……"

Najwa melarikan pandangannya, "Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat."

Hayati berkata lagi, "Alhamdulillah. . Awak masih dapat rasakan sama
ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang
dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah
baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk"

"Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni,
sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya
seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita
bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih
dan mengadu kepadanya..

..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman "wahai
malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu
mendengar dia merintih kepadaKu"

You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah
dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah
memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap
kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah" Hayati mengusap-
usap kepala Najwa.

Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini,
Najwa terasa qalbunya lebih ringan.. Mudah-mudahan langkahnya

1 comment:

mutiaraKU said...

subhanallah..
crita yg amt brmnfaat,,btapa hebat ny Allah m'beri idea kpd si pemikir..
ALLAHU AKBAR