Thursday, February 12, 2009

Dakwah dan parent

'Mak Ayah saya tidak bagi saya join la, diaorang dah tahu' inilah yang sering dikatakan oleh seorang pendakwah apabila diketahui oleh ibu bapa mereka tentang perjuangan mereka.Ibu bapa melarang bukan kerana mereka tidak memahami tentang tuntutan dakwah itu, tetapi mereka lebih memikirkan tentang kesan buruk yang akan kita hadapi apabila kita di 'Blacklistkan' oleh pihak yang tidak ingin islam itu bangkit kerana bimbang akan kehilangan kuasa mereka. Inilah yang dialami oleh Abu Jahal yang mengakui kebenaran Rasullah S.A.W, tetapi menolaknya kerana takut kehilangan kuasa di kalangan quraish. Akan tetapi, Jika Abu Jahal melawan secara terang- terangan, mereka melawan secara bersembunyi. Dengan menggunakan sifat orang munafik dan menggunakan agama untuk kekayaan di dunia sahaja.
Berbalik kepada persoalan tadi. tedapat bebrapa penyelesaian yang oleh dipilih sama ada untuk menyelesaianNya, tetapi manakah yang terbaik:
a)teruskan berjuang tanpa mempedulikan larangan mereka
b)Berhenti perjuangan
C)Berjuang setakat yang kita mampu
Jawapan setiap orang mungkin bebeza berdasarkan keadaan dan kefahaman masing- masing.Akan tetapi, jika mereka memilih untuk berhenti apa pula tindakan kita? adakah kita hanya membiarkan mereka begitu sahaja dan memutuskan silaturrahim dengan mereka?