Sunday, September 21, 2008

kenangkan...

Kalau hari ini kau bermuram,
Hati rasa tak tenteram,
Jiwa malap dalam kelam,
Keimanan bagai nak karam,
Dek pukulan ombak dlm perjuangan Islam:
Ku seru bangkitlah Jundullah,
Jangan mudah menyerah kalah,
Mengadulah dengan Allah,
Kerana dari Allah datangnya mehnah,
Kepadanya jualah terlerai segala masalah...

Hai insan yang mengaku pejuang,
Jangan mengeluh jika ditimpa musibah,
Jangan merungut banyak masalah,
Adakah kau lupa segalanya?
Bahawa kau telah banyak menerima nikmat-Nya,
Siapa yang telah memelihara kau hingga kini?
Siapa yang beri kau makan hingga kini?
siapa yang beri kau udara hingga saat ini?
Siapa? Siapa? Siapa?
Mudah benar kau lupa,
Kepada Tuhan yang tak pernah alpa,
Setiap rezeki yang kau terima,
Setiap nikmat yang kau terima,
Kaki,tangan, hidung,telinga, mata...
Justeru,
Taubatlah kepada Allah,
Kerana kau telah lupa,
Sibuk meminta nikmat-Nya,
Sedang dosamu tak terkira...
Taubatlah! Taubatlah! Taubatlah!
Sementara darah masih mengalir dalam tubuh mu,
Sementara udara dapat kau sedut...
Ya Allah, YA Allah, Ya Allah...
Ta Waasi'al Fadhli, Ighfirli...

No comments: