Thursday, September 25, 2008

aktiviti thn1













apa la nk jd dgn ramadhan aku taun ni?

teraweh xprnah ckup 20.
kdang2 xteraweh,
time test agak blurr,
overconfident,time test wat creless,
kerje byk xsettle,
kelam kabut,
org asyik xpuas at je,
dah nk abis ramadhan,
xcdent n lain2...
ni maybe sbb byk buat dosa kot,
wallhua'lam.....


arap2 hari terakhir ramadhan dpt buat yg terbaik,
n hope to see you again ramadhan...

Sunday, September 21, 2008

kenangkan...

Kalau hari ini kau bermuram,
Hati rasa tak tenteram,
Jiwa malap dalam kelam,
Keimanan bagai nak karam,
Dek pukulan ombak dlm perjuangan Islam:
Ku seru bangkitlah Jundullah,
Jangan mudah menyerah kalah,
Mengadulah dengan Allah,
Kerana dari Allah datangnya mehnah,
Kepadanya jualah terlerai segala masalah...

Hai insan yang mengaku pejuang,
Jangan mengeluh jika ditimpa musibah,
Jangan merungut banyak masalah,
Adakah kau lupa segalanya?
Bahawa kau telah banyak menerima nikmat-Nya,
Siapa yang telah memelihara kau hingga kini?
Siapa yang beri kau makan hingga kini?
siapa yang beri kau udara hingga saat ini?
Siapa? Siapa? Siapa?
Mudah benar kau lupa,
Kepada Tuhan yang tak pernah alpa,
Setiap rezeki yang kau terima,
Setiap nikmat yang kau terima,
Kaki,tangan, hidung,telinga, mata...
Justeru,
Taubatlah kepada Allah,
Kerana kau telah lupa,
Sibuk meminta nikmat-Nya,
Sedang dosamu tak terkira...
Taubatlah! Taubatlah! Taubatlah!
Sementara darah masih mengalir dalam tubuh mu,
Sementara udara dapat kau sedut...
Ya Allah, YA Allah, Ya Allah...
Ta Waasi'al Fadhli, Ighfirli...

puisi ramadhan 2

Dahulu…

Sekeping hati buas dirempuh,

Secebis iman dimamah rakus,

Dirempuh syaitan yang memacu,

Dimamah iblis yang memandu…

 

Kini…

Terikat kaki yang memacu,

Terkunci sendi yang memandu,

Yang tinggal di sudut Ramadhan ini,

Hanyalah secebis iman dan sebongkah nafsu,

Yang saling berebut,

Yang saling bergelut,

Rebut dan gelut untuk memenangi,

Seketul daging yang bernama hati…

 

Ya Allah…

Hati ini cukup lemah...begitu rapuh,

Lemah dalam pergelutan,

Rapuh dalam perebutan…

Dengan rahmat-Mu yang ampuh,

Kupohon agar jiwa ini terasuh,

Semoga liar hatiku terdidik patuh….

 

Terasuh taat kepada-Mu,

Terdidik mengingkari musuh durjana Mu,

Agar dipenghujung noktah Ramadhan ini,

Hati ini kembali teguh dan suci,

Biarpun bebas yang terikat dan yang terkunci,

Ia tidak lemah dan rapuh

Untuk dirempuh lagi.... 

ramadhan 1

Ramadhan....

yang bakal pergi....

bertamu di ruang rahmat-Mu... .

beradu di kamar maghfirah-Mu. ..

bersimpuh dalam dingin dakapan,

yang melindungi hamba-Mu dari kepanasan jahannam.... 

 

Aku gundah...

Aku resah....

apakah usia masih bersisa....

atau garis hayat sudah dipenghujungnya. ....

 

Hati....

sudahkah kau bersedia....

mendakap tamu yang bakal pergi...

atau pintumu masih tertutup...

lantaran karat bersadur dosa....

 

Ya Allah....

hilangkanlah kegundahan.. ..

hapuskanlah keresahan... .

biar hati ini sempat lagi dibuka....

untuk meraikan tamu-Mu....

yang Kau hadirkan bersamanya

segunung rahmat selautan keampunan...